Header Ads

'Kalau Tahu Suami Orang,Jauhkan' - Isu Izreen Dan Intan, Komen Bella Astillah Memang Win.




Sejak beberapa hari ini kontroversi serta kemelut rumah tangga Izreen Azminda bersama madunya Intan Liana serta suami Ude Wahid mendapat perhatian ramai. Sehingga saat ini, Izreen masih menerima pelbagai kecaman sehingga beliau terpaksa nyahaktif akaun Instagramnya.

Pernah merasai sakitnya hati apabila suaminya Aliff Aziz curang dan terlibat dengan kontroversi berdua-duaan di sebuah pusat karaoke bersama aktres Afifah Nasir sebelum ini, penyanyi Bella Astillah turut terkesan dengan berita Intan yang ingin diceraikan.

Simpati dengan nasib Intan yang dimadukan dalam senyap, Bella berkata seseorang wanita itu seharusnya menjaga batas pergaulan mereka dan menjauhkan diri dengan lelaki yang sudah beristeri.


"Betul ia melibatkan dua pihak tapi dari awal berjumpa mesti sudah tahu suami orang, seharusnya kita tahu limit kita, sebolehnya jauhkan diri dan jaga kelakuan kita. Hormatilah hak orang lain terutamanya sesama wanita dan kebahagian orang."

Pada 30 November 2017, Izreen tampil membuat pendedahan beliau sudah berkahwin secara rahsia dengan Ude pada 8 Ogos 2017. Untuk pengetahuan anda, pada hari yang sama Ude telah memfailkan permohonan cerai terhadap Intan.

Lafaz cerai sepatutnya dilakukan pada hari Rabu lalu tetapi ditangguhkan sehingga 22 Mac depan untuk menyelesaikan beberapa isu termasuk hak penjagaan anak. Intan akui merasa sedih kerana tidak tahu sebab beliau ingin diceraikan dan masih menyayangi suaminya. Intan turut memberitahu beliau tidak pernah bersemuka dengan Izreen selepas mengetahui tentang perkahwinan aktres itu bersama Ude.






Sumber : mStar Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.