Header Ads

'Jangan Menilai Jika Belum Pernah Lalui Apa Yang Saya Rasa' - Ziana Zain Sound Netizen.




Sejak orang ramai mengetahui penyanyi Ziana Zain yang membuat laporan polis terhadap suaminya atas tuduhan mencederakan anak mereka, ada sesetengah netizen mengkritik dan mengecam tindakan Ziana. Mereka melemparkan kata-kata kasar seperti isteri derhaka dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

Menerusti akaun Instagramnya semalam, Ziana ada memuat naik satu kenyataan yang ditujukan kepada netizen yang mempertikaikan tindakannya itu. Menurut Ziana, netizen jangan pernah menilai perjalanan hidup beliau jika mereka tidak pernah melaluinya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata peminat Ziana tampil memberikan sokongan kepada beliau. Mereka mendoakan agar kes tersebut berjalan lancar dan segalanya dapat diselesaikan dengan baik.





Seperti yang Ziana katakan, berilah beliau ruang untuk beliau menghadapi kemelut yang sedang berlaku. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan daripada mencetuskan spekulasi, apa kata doakan yang terbaik sahaja buat Ziana dan suaminya.







Sumber : Instagram Ziana Zian.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.