Header Ads

Harus Tabah Untuk Hidup Sebagai Ibu Tunggal,Ingin Jalankan Perniagaan.




Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan Intan Liana Saleh telah hadir ke Mahkamarh Rendah Syariah Gombak Timur bagi urusan lafaz cerai selepas pemuzik bebas itu memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan, yang dibuat pada 30 November 2017.

Walaubagaimanapun, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan 22 Mac depan untuk tarikh sebutan semula kes tersebut. Baca luahan dari Intan ini.

Menerusi laporan Berita Harian, Intan Liana berkongsi mengenai perkembangan status rumah tangganya bersama Ude, yang juga suami kepada pelakon terkenal, Izreen Azminda. Sebelum ini, Intan pernah membuat keputusan rela bermadu dengan Izreen.

"Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang."

Tetapi kini Intan mengaku dia akan menerima segala kemungkinan dengan reda dan keputusan dilakukan suaminya, termasuk perpisahan. Tambah Intan lagi, hari ini merupakan ulangtahun kelima perkahwinan mereka.

"Orang selalu cakap, dalam tempoh lima tahun memang akan ada banyak dugaan dalam perkahwinan. Jelas sekali, inilah dugaan buat saya yang perlu saya telan.~

"Berkaitan penjagaan anak, hal itu adalah atas perbincangan kami bersama. Ia tak dituntut di mahkamah. Semuanya atas budi bicara saya dan dirinya.


Ikutkan, saya tak tahu lagi apa kesudahannya kerana kes perceraian ini akan disebut semula pada 22 Mac."

Selain itu, Intan akui dia harus terima hakikat dan terus tabah untuk hidup sebagai ibu tunggal kepada dua anak.

"Sebelum ini, memang saya tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Kini, saya harus bermula dari kosong.

Begitupun saya ada juga membuat perniagaan kecil-kecilan dalam talian, dengan menjual minyak wangi dan jamu. Insya-Allah, bulan ini saya akan lancarkan produk penjagaan bibir pula.

Selepas ini, memang saya kena berdikari. Saya juga akan mencuba nasib mengikuti uji bakat untuk berlakon iklan."






Sumber : Berita Harian.
-www.kakishare.tv

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.