Header Ads

Gara Neelofa Buat Hal Di Zouk,Peminat Tegar Begang Punya Pasal Sanggup Bakar Tudung.




Berikutan kontroversi penganjuran majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa dan sambutan hari jadinya yang ke-29 di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur minggu lalu, ramai netizen yang cuba memboikot Neelofa.

Terbaru, sebuah rakaman video menjadi tular di laman media sosial apabila seorang peminat tegar pelakon dan pengacara popular itu bertindak membakar koleksi tudung-tudung jenama Naelofar yang dibelinya.

Video berdurasi 7 minit yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan seorang peminat Neelofa, Anne Zuraini membakar beberapa helaian tudung kerana kecewa dan kesal dengan tindakan selebriti itu yang sepatutnya menjadi contoh terbaik buat para peminat.


Namun sebaliknya, adik ipar kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu semakin menerima kecaman daripada para netizen dan seolah-olah tidak mengambil kisah apa yang ditegur oleh beberapa pihak berikut isu tersebut.

Bagaimanapun, Neelofa telah membuat permohonan maaf kepada umum beberapa hari selepas kejadian berkenaan namun masih ada yang mempertikaikan keikhlasannya.

Sumber : Anne Zuraini

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.