Header Ads

'Faktor Usia Siti Sendiri' - Siti Nurhaliza Dedah Bakal Bersalin Secara Bedah.




Siapa tidak teruja menantikan cahaya mata yang sudah sekian lama ditunggu, bakal dilahirkan dua minggu lagi Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih bersalin secara pembedahan. Jelasnya keputusan itu dibuat atas nasihat doktor.

“Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ biasanya dilahirkan secara pembedahan”

“Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan”

Siti juga berkongsi pada saat ini suaminya, Datuk K sudah tidak sabar menantikan kehadiran bayi pertama mereka. Bukan sahaja bilik sudah dihias cantik malah lif juga dipasang bagi kegunaan Siti semasa berpantang nanti.

“Suamilah insan paling teruja membuat persediaan, terutama dari segi hiasan bilik bayi. Lif pun sudah siap dan ia dibina bukanlah bagi kegunaan Siti saja, tetapi untuk orang lain juga seperti ibu serta ibu mentua,” jelasnya.

Tidak kisahlah dengan cara apa sekalipun, asalkan keadaan Siti dan bayi yang bakal dilahirkan sihat belaka. Pasti peminat juga tidak sabar menantikan bayi dari penyanyi lagenda negara ini. Apalah agaknya nama beliau kan? 








Sumber : Berita Harian Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.