Header Ads

DiKecam Belagak kerana Upah Jurufoto Di Mekah,Ini Respon Rozita Che Wan.




Tempoh hari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi ada menegur trend sesetengah selebriti yang berkunjung ke Mekah untuk berfesyen. Kenyataan itu sekaligus mengaitkan Rozita Che Wan yang sering membawa jurufoto peribadi ke mana sahaja termasuk Mekah.

“Pada saya, artikel itu sekadar mengingatkan dan tidak memetik nama mana-mana artis jadi tidak terasa pun. Agak pelik juga bila orang terfikir nama saya seorang sedangkan ramai lagi artis yang pernah ke sana”

“Niat saya memuat naik gambar kenangan di Mekah dengan harapan ia memberikan motivasi kepada mereka yang belum pernah sampai dan mengubat kerinduan pada ingin mengunjungi rumah Allah itu sekali lagi,” katanya.

Selain itu, Che Ta juga menasihati netizen supaya tidak terlalu menilai seseorang itu dengan mata kasar sahaja tetapi dengan mata hati. Apa salahnya Che Ta berkongsi sebab memang ramai nak tahu fesyen beliau kan.









Sumber : Kosmo Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.