Header Ads

'Berhenti Mengganggu Ketenteraman Rita' - Izreen Azminda Beri Amaran Pedas Pada Peminat Dan 'Haters'.




Berikutan kenyataan Rita Rudaini, Izreen Azminda tampil meminta peminat tidak menganggu rakan baiknya berikutan kontroversi pernikahannya. Jelasnya, bulan melarikan diri tapi ingin hal ini ‘selesai’ terlebih dahulu.

“Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyhaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa”

“Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau ‘haters'”

“Tidak adil jika dia dikecam hanya kerana kami berkawan. Ingin dijelaskan, dia tidak terbabit atau ada kena mengena dalam perkara ini. Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu,” jelasnya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun Izreen masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak aktif di media sosial buat masa ini. Gara-gara kontroversi pernikahannya, Izreen turut ditamatkan kontrak menjadi duta produk kecantikan.

Pun begitu, Izreen mendakwa kontrak berkenaan tidak dibatalkan tetapi sememangnya sudah berakhir. Harapnya selepas ini peminat berhenti mengecam Rita, seolah beliau pula yang bernikah dengan suami orang! 





Sumber : Harian Metro.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.