Header Ads

'Alhamdulillah,Berkat Usaha Dan kerja keras,Saya Sudah Mampu Memiliki Rumah Dan Kereta Sendiri' - Ruhainies




Setelah hampir empat tahun berpenat lelah bekerja, akhirnya Ruhainies boleh tersenyum lebar apabila impiannya untuk memiliki rumah sendiri dan kereta mewah jenama Mercedes, akhirnya tercapai.

"Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras, saya sudah mampu memiliki rumah dan kereta sendiri.

"Akhirnya penat lelah selama ini berbayar dan puas hati kerana dua impian ini memang sudah lama saya impikan sejak memulakan kerjaya sebagai anak seni," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Ruhainies berkata, rumah jenis kondominium dan kereta Mercedes yang dibeli itu bukanlah untuk kegunaannya seorang diri.

Sebaliknya, kenderaan itu turut menjadi kegunaan keluarga dan berhasrat membawa kedua ibu-bapanya menetap bersama kelak.

"Saya beli rumah dan kereta ini bukan untuk saya guna seorang, tetapi untuk keluarga.Kalau dulu famili saya tinggal di Selayang, jadi selepas ini bolehlah mereka pindah ke rumah saya di Shah Alam.Rezeki yang saya dapat ini adalah atas doa ibu bapa, jadi mereka juga harus merasa apa yang saya perolehi ini," katanya.

Dia lebih selesa berbicara sesuatu jika sudah tercapai kerana tidak mahu netizen menganggap ia sekadar angan-angan kosong.

"Sejujurnya, saya ada beberapa impian lagi, tapi biarlah ia hanya menjadi rahsia. Saya tak berapa gemar berkongsi sesuatu perkara yang tidak pasti.

"Nanti orang mengata pula, cakap saja lebih, tapi tak ada pun. Jadi lebih baik kalau dah tercapai baru saya kongsi dengan peminat," kata adik kepada pelakon Nur Risteena ini.









Sumber ; Mstar Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.