Header Ads

'Alhamdulillah! Atas Izin Allah Untuk Dirimu Dalam Hidup' - Bikin Netizen Sebak,Nukilan Mizz Nina Buat Suami.




Umum mengenali personaliti Mizz Nina yang juga isteri kepada penyanyi Noh Salleh. Penghijrahan Mizz Nina ke arah mendekati Islam dibimbing suaminya itu menjadikan kisah cinta mereka seperti ‘relationship goals’ pasangan muda-mudi hari ini.

Semalam, Mizz Nina membuat satu posting khas di laman Instagramnya untuk meraikan ulang tahun kelahiran Noh. Cukup sweet dan romantis!

Mizz Nina menerusi pos laman sosialnya itu memuatnaik selfie bersama Noh disertakan dengan kapsyen meluahkan kesyukuran kepada Pencipta kerana menghadirkan lelaki itu sebagai rakan baik dan juga suami dalam masa yang sama.



Menurut wanita ini lagi, Noh adalah doanya yang dimakbulkan tuhan 9 tahun lalu. Dia juga berterima kasih kepada Noh kerana memilih untuk bersamanya, berani memperisterikanya dan memberi panduan sepanjang perjalanannya dalam proses hijrah.

Wanita yang nekad berhijrah walaupun meniti puncak populariti ini juga mengucapkan syukur atas kehadiran Noh yang banyak memberi sokongan dan dorongan, membahagiakannya sepanjang masa dan tidak pernah mementingkan diri sendiri.







Sumber : Miss Nina.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.