Header Ads

Watie Masih Tidak Bayar Hutang Satu Sen Pun! Buat Hana Elite Begang.




Kisah persahabatan kumpulan Elite berakhir begitu sahaja disebabkan gagal membayar wang pinjaman bank untuk ansuran kereta jenis Toyota Wish yang menggunakan nama Hana Elite sehingga mengakibatkan Hana diisytiharkan muflis.

Bagaimanapun,masih kagi berdegil dan tidak membayar walau satu sen pun hutangnya yang berjumlah RM112,000 kepada Hana seperti diperintahakan Mahkamah Sesyen Selayang pada Oktober tahun lalu.

"Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana diperintahkan pihak mahkamah sejak Oktober tahun lalu. Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut. Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal."

Namun,kedegilan Watie yang enggan membuat bayaran tersebut menyebabkan proses membersihkan nama Hana daripada senarai bankrap terganggu.Hana juga menegaskan sekali lagi beliau tidak teragak-agak untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi kerana mahu membela haknya.

"Saya difahamkan oleh peguam pihaknya juga ada melantik peguam dan saya sendiri akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi sekiranya dia tetap berdegil bagi mendapatkan hak saya"

Walaubagaimanapun,Watie diperintah membayar RM112,000 melalui Jabatan Insolvensi bagi memadamkan nama Hana yang disenaraihitamkan. Untuk permulaan, Watie dikehendaki membayar sebanyak RM99,500 sebagai bayaran pertama kepada Ketua Pengarah Jabatan berkenaan sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat.

Keputusan itu dibuat selepas Watie tidak mampu membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.81 yang diperintahkan mahkamah sama pada 10 Mac 2015.




Sumber Berita : Mstar Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.