Header Ads

Tuan Rumah Terkejut Tak Terkata,Dah Bagi Sewa Murah Ini Balasannya..




Isu mengenai rumah sewa dan penyewa bukan kali pertama ditularkan. Kes ini sering ‘menghantui’ tuan rumah apabila terpaksa berdepan dengan keadaan rumah bagai ‘tongkang pecah’. Rumah jenis apartment terletak di Vista Angkasa ini kelihatan teruk apabila tuan rumah datang untuk meninjau.

Tuan rumah terkejut dengan keadaan rumah yang kotor dan kelihatan juga lantai mozek pecah. Malangnya, penyewa rumah berkenaan adalah dari golongan perempuan.

Tuan rumah menyatakan rasa kecewa di laman Twitter setelah melihat keadaan rumah yang bagaikan dicerobohi penyamun. Dia turut menyatakan perasaan kesal apabila telah ditawarkan harga sewa murah tetapi tidak dihargai penyewa perempuan terbabit.

Gadis ini tidak terkata setelah melihat keadaan rumah yang teruk itu. Dia redha dengan apa yang berlaku walaupun terpaksa membuat pembaikpulih beberapa bahagian rumah tersebut dan membelanjakan kos yang tinggi.

Turut mengejutkan apabila tangki jamban juga sudah tercabut. Tuan rumah ini tidak menyangka nasib demikian juga menimpa dirinya setelah sering terbaca kes seperti ini di media sosial.


Gadis ini mengambil keputusan untuk menaikkan kadar sewaan rumah selepas membuat pembaikpulih keadaan rumah tersebut. Setelah banyak kerosakkan yang berlaku, gadis ini benar kelihatan kecewa dengan bekas penyewa perempuan di rumahnya.







Sumber : Twitter AidaSue.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.