Header Ads

'Tidak Perasan Dengan Lori' - Haziq Putera Band Kemalangan.




Semalam,vokalis utama kumpulan Putera Band iaitu Haziq di laporkan mengalami kemalangan dengan sebuah lori.Haziq yang dilaporkan kritikal telah ditempatkan di wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut ibunya, Linda yang juga bekas anggota kumpulan Eva memberitahu motosikal yang ditunggang anaknya itu merepuh sebuah lori yang dipakir di bahu jalan kerana tidak sedar akan lori yang diparkir itu. Tambah Linda, Haziq mengalami patah tulang rusuk dan paru-paru bocor sehingga mengakibatkan sesak nafas.

“Pagi tadi (Rabu) dia keluar untuk membeli sarapan menaiki motosikal dan merepuh sebuah lori yang pakir di bahu jalan. Dia tidak perasan lori tersebut kerana ia adalah laluan motosikal dan bukan tempat pakir. Doktor sedang buat pemeriksaan lanjut, setakat ini saya diberitahu tulang rusuk di patah dan paru-paru bocor menyebabkan sesak nafas"

Kini dilaporkan stabil dan Haziq akan berehat buat sementara daripada sebarang aktiviti seni bersama kumpulan tersebut.Putera Band merupakan artis syarikat rakaman FMC yang popular dengan lagu berjudul 'rebahku tanpamu'.








-www.kakishare.tv

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.