Header Ads

Tidak Masuk Akal! Harga Baju Hello Kitty Viral Boleh Cecah Sebuah Rumah Banglo





Baru-baru ini,usahawan kosmetik ini memuat naik paparan skrin perbualannya bersama seorang lagi individu yang mengatakan minat untuk membeli baju Hello Kittynya itu.Kisah bajunya terus hangat diperkatakan selepas mendapat tawaran daripada seorang individu bergelar ‘Datuk’ dan seorang ahli perniagaan.

Berapa ‘dear’ jual? Saya berminat ‘dear’. Betul-betul berminat,” kata individu berkenaan.

“Kalau saya letak harga RM500,000 satu set baju Hello Kitty, macam mana setuju?,” balas usahawan kosmetik berkenaan, Yus Amina Mohd Zawizah, 27.

Malahan,sehingga kini beliau terus menerima banyak mesej di telefon dan laman sosial yang berminat untuk mendapatkan baju Heloo Kittynya yang pernah tular tahun lalu.

“Memang saya letak harga RM500,000 untuk baju Hello Kitty yang pernah dipakai saya, suami dan anak perempuan, ada tiga helai kesemuanya.

“Ramai sangat yang tanya berapa harga, jadi senang cerita saya terus letak harga tu. Bagi saya, kalau mereka betul-betul peminat Hello Kitty dan mampu, mereka boleh beli dengan harga yang saya tawarkan tu,” katanya kepada mStar Online pada Isnin.

“Baju Hello Kitty yang dibeli pada harga RM50,000 pun bukan saya yang tetapkan tetapi ia ditawarkan oleh pembelinya. Jadi, bila dah banyak sangat yang tanya, tak salah kali ini saya pula yang nak 'demand' (letak harga),” katanya.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik ini dikejutkan dengan keputusannya menjual enam baju Hello Kitty berharga RM50,000 kepada seorang ahli perniagaan.



“Mereka kata melampau sebab jual baju tu mahal sangat. Sampai ada yang kata ‘baju guna kain cadar tapi jual harga boleh beli rumah’.

“Ingin saya jelaskan bahawa kain yang saya beli tu memang untuk dibuat baju sebab tu saya sekeluarga pakai. Tapi kain tersebut tak banyak jual, ‘limited’,” katanya.

Tahun lalu, kisah Afina dan anak perempuannya berbaju raya Hello Kitty tular apabila seorang lelaki bergelar Datuk Z sanggup membeli baju berkenaan pada harga ribuan ringgit untuk anak perempuannya termasuk cucu yang menghidap kanser hati





Sumber : Mstar Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.