Header Ads

Kereta Cikgu Sekolah Menegah Jitra Terbakar Kerana Power Bank




Kegunaan Power Bank bukan sahaja berfungsi untuk charge bateri telefon bimbit. Malah, ianya juga sangat berguna untuk golongan kaki travel diluar sana. Disebalik fungsi positifnya, juga terdapat kesan buruk terhadap keselamatan kita.

Semalam, berlaku kejadian yang hampir meragut nyawa di kawasan sekolah rendah. Sebuah kereta yang telah meletup di tempat parkir Sek. Keb. Paya Kemunting, Jitra. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang dan dipercayai kereta tersebut milik salah seorang guru yang mengajar disitu.

Kes dipercayai seorang guru bernama Cikgu Arif, dimana dia tidak sengaja tertinggal power bank dalam kereta tersebut dan telah parking di kawasan letak kenderaan yang tidak berbumbung. Oleh kerana cuaca dan suhu yang terlalu panas, power bank mula meletup dan api merebak sehingga kenderaan tersebut dijilat api dalam kawasan sekolah.

Pihak bomba dan penyelamat Jitra mula tiba setelah pihak sekolah melaporkan kejadian tersebut. Bagaimanapun, netizen mula mempertikaikan fungsi pemadam api yang harus digunakan guru sewaktu kebakaran berlaku.

Para guru kelihatan agak terkejut menyaksikan kemalangan tersebut. Mungkin ini pengalaman pertama yang berlaku di sekolah dengan situasi yang teruk sebegitu.









 Credit: Facebook Zakwan Azman 
 -www.kakishare.tv

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.