Header Ads

'Terharu Pula Tengok Dasha Respond Permintaan Azal' - Netizen Puji PA Fazura Yang Bertimbang Rasa.




Mengharukan! Itulah yang kami boleh singkapkan mengenai sebuah video yang dirakamkan oleh pelakon Zarina Zainuddin, apabila salah seorang anak kembarnya yang dikenali sebagai Azal begitu teringin untuk ke majlis resepsi perkahwinan Fattah Amin dan Fazura minggu ini.

Gara-gara memberi respon yang cepat terhadap permintaan anak kepada pelakon Zarina Zainuddin yang telah berharap untuk menghadiri majlis persandingan pasangan Fattzura.

Seperti yang sedia maklum, kedua – dua anak kembar Zarina itu menghidapi Autism dan pengorbanan pelakon itu membesarkan anak-anaknya pernah menjadi perhatian netizen suatu ketika dahulu.

Melihatkan video itu yang begitu mengharukan, PA Fazura yang dikenali sebagai Dasha berasa terpanggil lalu menjemput Azal dan keluarganya untuk turut bersama di majlis perkahwinan pasangan popular itu.

Melihatkan sikap Dasha yang begitu rendah diri serta turut memberi maklum balas yang pantas membuatkan ramai pengguna di Instagram memuji Dasha sehingga ada yang menganggap beliau adalah PA yang terbaik di kalangan artis.








Malah, Zarina turut mengucapkan terima kasih pada Dasha kerana sudi menjemput mereka ke majlis Fattah dan Fazura.




FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.