Header Ads

'Terbaik Ibu Ajar Macam Ni' - Netizen Puji Siti Sarah Didik Anak Guna Teknik 'Ikrar'.




Melihat kepada posting yang dimuatnaik oleh penyanyi kecil molek Siti Sarah Raissuddin di laman instagramnya, pasti kita semua tahu akan kisah kebahagiaan rumahtangganya. Siti Sarah juga sering berkongsi dengan peminat tentang aktiviti bersama anak-anaknya.

Terbaru, Siti Sarah telah memuatnaik satu video dimana dia sedang menghukum dua orang anaknya yang telah bergaduh. Cara hukuman yang digunakan oleh Siti Sarah ini menarik netizen untuk memberi pujian atas tindakannya itu.

Melalui video yang telah ditonton seramai 419,441 itu, Siti Sarah yang memegang rotan telah memarahi kedua anaknya yang bergaduh dan memukul satu sama lain. Dia meminta kedua-dua anaknya untuk berikrar agar tidak mengulangi kelakuan itu lagi. Kedua-dua anaknya bersalaman dan berpelukan sambil menangis.



Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan tersebut tapi dengan batasan. Bukanlah bermaksud ibu bapa boleh memukul anak sesuka hati, tetapi berpada-pada. Cukup sekadar untuk menyedarkan kesilapan mereka dan mengambil pengajaran daripadanya.


FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.