Header Ads

'Tahniah! Pakai Tudung Jangan Lupa Pin Dan tutup Dada' - Peminat Nasihat Fathia Latif Setelah Dapat Tawaran Belakon.




Baru-baru ini tular di media sosial tentang cover lagu ‘sakit’ yang dinyanyikan semula oleh Fathia Latiff. Sejak cover lagu tersebut menjadi trending di YouTube, ramai peminat gadis cantik ini meluahkan rasa rindu untuk melihat Fathia kembali berlakon semula dalam drama-drama bersiri tempatan.

Terbaru, melalui akaun Twitternya Fathia telah memuatnaik satu berita gembira buat peminat yang merindui lakonannya.

Dalam status yang telah dimuatnaik semalam, Fathia gembira kerana masih diberi peluang untuk berlakon.

Beberapa peminat pula menasihati Fathia supaya tidak mengulangi silap yang sama seperti dulu.

Peminat Fathia juga berpesan agar tidak membuat live di media sosial dalam pakaian yang tidak sopan bagi mengelakkan dia di ban sekali lagi daripada produksi tv.

Namun, ramai juga yang gembira menerima berita ini dengan mengucapkan kata-kata tahniah. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu drama terbaru Fathia ni kan? Apa-apa pun admin ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Fathia.








Sumber: Nur Fathia Latiff

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.