Header Ads

Seperti 'Elite Praeterian Guard' - Ramai Kutuk Busana Merah Wany Hasrita,Ini Respon Pereka Fesyen.




Baru-baru ini,setiap kali acara anugerah di Malaysia berlangsung ketika AJL 32.Pada waktu ini lah kita dapat lihat siapa yang tampil dengan gaya yang memukau ataupun sebaliknya.

Pastinya fesyen selebriti akan menjadi tumpuan utama bukan?

Antara yang mendapat perhatian ramai dari segi fesyen yang digayakan ialah penyanyi Wany Hasrita. Kesian juga Wany kerana busana merah beliau pada malam tersebut menerima pelbagai reaksi dan kecaman di media sosial.

Sedar rekaan tersebut dikritik, pereka fesyen Mirol Jonit tampil memberikan penjelasan. Menurut beliau, apa yang dihasilkan adalah mengikut keselesaan Wany dan bukan mudah untuk beliau menghasilkan rekaan yang sopan sesuai dengan imej penyanyi tersebut.

'Untuk hasilkan busana itu saya mengambil masa yang lama. Bukan semudah yang disangka. Saya bukan sekadar reka untuk tangkap muat atau ikut suka hati. Baju itu direka mengikut kesesuaian lagu dan pemakai itu sendiri iaitu Wany.'

'Apa yang penting busana itu masih sopan, menutup bahagian dada dan pinggulnya. Yang pasti, Wany selesa memakai busana itu dan pihak pengurusannya juga sukakan rekaan baju saya.'



Kesian juga kami dengan Wany Hasrita kerana beliau menerima pelbagai kecaman dari segi busana sehinggalah nyanyiannya di AJL 32. Bersabarlah Wany, walaupun dikritik anda masih mengekalkan imej yang sopan, itu yang lebih penting kan?






Sumber Berita : mStar Online

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.