Header Ads

'Sedak Molek Soro' - Netizen Puji Nyanyian Ernie Dalam Loghat Kelate.




Sejak memenangi vokal terbaik di AJL 32 baru-baru ini, nama Ernie Zakri makin dikenali dalam kalangan peminat muzik tempatan. Namun, video nyanyian Ada Cinta bersama Syamel semasa di pentas AJL 32 telah mencecah 3.4 juta tontonan di laman Youtube.

Satu lagi video cover nyanyian gadis ini mendapat tarikan peminat yang baru saja di muat naik laman Instagram miliknya. Dia mendendangkan lagu etnik kreatif irama Melayu, Hala Timur nyanyian asal Noraniza Idris. Ternyata peminat memuji suara lunak penyanyi ini dan memberi semangat dalam memperjuangkan muzik irama kreatif yang makin ditelan arus kemodenan.

Video berdurasi seminit ini memuatkan Ernie mendendangkan lagu Hala Timur, nyanyian salah seorang idolanya iaitu Noraniza Idris. Penyanyi ini sangat obses dengan keindahan lirik dan melodi irama Malaysia yang semakin kurang diperdengarkan di corong radio atau televisyen.

Ernie sempat lagi memohon maaf jika terdapat salah dalam menyebut perkataan dialek Pantai Timur. Namun, cubaan dia mendapat perhatian dan pujian dari peminat dan rakan artis.

Rata-rata netizen memuji kebolehan penyanyi ini kerana berani untuk menyanyi lagu irama Malaysia dan berkongsi bersama peminatnya. Peminat sempat mencadangkan Ernie berduet bersama Noraniza Idris dan pasti menjanjikan gandingan yang sepadan.






Ernie turut memohon agar peminatnya sentiasa menyokong industri muzik irama Malaysia. Dia turut mendoakan agar muzik irama kreatif ini terus mekar dalam hati pendengar tempatan.


FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.