Header Ads

“Saya Sanggup Bersumpah Depan Al-Quran" - Dibomohkan Bekas Isteri,Adam Shahz Tampil Beri Penjelasan.




Baru-baru ini kenyataan serta gambar yang telah dimuatnaik oleh pelakon Adam Shahz telah menggemparkan industri hiburan.

“SAYA sanggup bersumpah depan al-Quran bagi membuktikan segala apa yang saya katakan selama ini benar. Jika dia (Fatin Afeefa) rasa betul, sila ambil tindakan yang sama.”

Demikian tegas aktor versatil, Adam Shahz selepas mendakwa disihir bekas isterinya yang juga aktres, Fatin Afeefa sehingga menghangatkan termometer hiburan tanah air sepanjang minggu ini.
Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdul Ghani, 37, berkata, dia akhirnya membuat keputusan untuk bersuara kerana apa yang berlaku kini mengguris perasaan serta mengaibkan ahli keluarganya.

“Selama ini, hanya saya yang dituduh bukan-bukan. Sebab itu, saya sekadar mendiamkan diri sehinggakan ibu saya turut meletakkan kesalahan penceraian ini berpunca daripada saya.

“Cuma, segala-galanya cukup melampau sekarang. Tuduhan kononnya saya masih menganggu dirinya selepas berpisah sememangnya sesuatu yang mengarut.

“Hendak menghantar pesanan WhatsApp pun disekat, bagaimana boleh timbul soal saya masih mengganggu dirinya dan sebagainya,” ujarnya kepada Sensasi Bintang.

Terdahulu menerusi InstaStory miliknya baru-baru ini, Adam mendakwa dirinya telah disihir Fatin sehingga menyebabkan dia tidak menyedari bekas isterinya itu didakwa curang ketika mereka masih berumah tangga.

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 24, bagaimanapun menafikan dakwaan Adam sambil menegaskan tidak mengenali mana-mana bomoh selama ini.

Pasangan selebriti itu sah bercerai talak satu pada 30 Mei 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling selepas mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 5, dan Ivy Herra Sophia, 3.

Mengulas lanjut, Adam juga percaya tiada gunanya mengadakan pertemuan secara empat mata bersama bekas isterinya bagi membincangkan masalah itu.




“Tidak guna berjumpa untuk berbincang, lain jadinya nanti. Saya pun tidak berdepan masalah untuk bertemu anak-anak yang kini dijaga keluarga mertua, bukan dia yang jaga,” dakwa Adam.

Selain itu, Adam turut tidak mempedulikan kritikan netizen yang menuduh dirinya gila talak untuk kembali meraih perhatian Fatin.

“Yang tidak tahu cerita sebenar, ada baiknya mendiamkan diri. Jangan sampai tidak sempat untuk meminta maaf kepada saya, berdosa jadinya.

“Terus terang, saya tidak akan teragak-agak untuk membongkar segala-galanya jika dia (Fatin) masih mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Ini semua sekadar untuk menutup kesalahan masa lalu, selain mahu periuk nasi saya terjejas,” dakwanya lagi.

Pada masa sama, Adam yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem berjudul Zaraa bersama Kamal Adli dan Syaiful Zero juga menolak kemungkinan untuk kembali berbaik semula demi kesejahteraan anak-anak yang masih kecil.

“Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak,” tegasnya sebelum menoktah bicara.



Sumber : Kosmo

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.