Header Ads

“Saya Datang Sini Nak Cari Saham Akhirat" - Datuk Vida Dedah Kegiatannya Di Acheh Buat Netizen Meluat




‘Kehilangan’ Datuk Seri Vida baru-baru ini walaupun hanya 2 hari tetap dapat dirasai oleh peminat setia usahawan kosmetik ini.

Bagiamanapun, melalui mStar Online, Vida rupa-rupanya berkunjung ke Acheh, Indonesia untuk meninjau sendiri beberapa ‘pesantren’ atau pun pusat tahfiz. Sebelum ini, Vida pernah menyatakan bahawa tahun 2018 adalah tahun untuknya mengumpul saham akhirat.

“Saya datang sini nak cari saham akhirat…tengok ‘pesantren’ dan bercadang nak buka (pesantren) di Ipoh dan Kota Bharu. Saya nak lihat cara mereka menguruskannya di sini dan insyaAllah kalau ada rezeki, saya akan bawa sesuatu yang baik untuk orang Aceh,” jelasnya.

Selain itu, Vida juga menyatakan bahawa dia pastinya mengutamakan bantuan kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu. Tambahnya, oleh kerana perjalanan memerlukan dia masuk ke kawasan pedalaman, di mana rangkaian internet adalah terhad.

“Saya pergi kawasan-kawasan kampung, nak kemaskini?media sosial) tu susah sedikitlah. Saya tak sempat baca komen dan terkejut rupa-rupanya saya dikenali di sini. Terima kasih banyak,” katanya.




No comments

Powered by Blogger.