Header Ads

'Pertunangan Kami Sudah Putus' - Sufian Suhaimi Reda Dan Akui Tidak Bermusuh Dengan Elfira Loy.




Hubungan pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy putus secara rasmi selepas cincin pertunangan dipulangkan oleh bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin mengikut adat, Ahad lalu.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Sufian Suhaimi menjelaskan dia menerima segala ketentuan dan tiada dendam antara mereka.

“Saya reda dengan ketentuan ini dan semuanya sudah selesai mengikut adat. Terima kasih untuk segala doa yang baik-baik daripada orang ramai.

“Pertunangan kami sudah putus, namun hubungan kami tetap baik sahaja. Tiada dendam antara kami dan saya mendoakan semoga Elfira ditemukan dengan jodoh yang baik dan berharap doa yang sama untuk diri saya,” katanya kepada Kosmo.

Tambah Suhaimi lagi, dia tidak mahu memanjangkan lagi cerita tentang kisah cintanya yang tidak kesampaian dan mahu ubati kekecawaan dengan menghasilkan lagu.

“Saya akan ingat tarikh 23 atau 24 Mac depan yang sepatutnya hari perkahwinan saya. Kalau semuanya berjalan lancar, saya akan kongsi perasaan putus cinta ini dengan anda semua menerusi sebuah lagu,” ujarnya lagi.



SUMBER : KOSMO!

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.