Header Ads

Penonton Kena 'Jampi',Ini Respon Kenapa Dipilih Sebagai Lagu Terbaik di AJL32.




Ramai pasti yang tertanya-tanya kenapa 'jampi' boleh dinobatkan sebagai juara lagu ke 32 kali ini.Komposer Azmeer selaku ketua juri menyifatkan Jampi merupakan sebuah lagu yang mempunyai jiwa besar.Katanya,semua orang dirasakan tahu dan mampu menyanyikan lagu berkenaan,walaupun kanak-kanak.

"Kami tidak hanya melakukan penjurian daripada sudut kualiti semta-mata, tetapi Jampi menakluki pelusuk negara dan negara jiran juga.Itu ada sedikit markah dari segi impak keberkesanannya.Melodinya juga cantik.Semua orang boleh nyanyi lagu itu.

"Malah,susunan muziknya juga bagus,melodi sesuai dan persembahan Hael cukup menyaksikan.Dia menunjukkan kemajuan kalau nak dibandingkan pada penglibatannya di Mentor dulu," kata Azmeer yang turut mengakui kreativiti,keaslian lagu yang tidak meniru lagu lain dan vokal penyanyi menjadi antara elemen yang dititik beratkan 10 barisan juri profesional pada malam itu.

Azmeer sendiri mengakui setiap juri yang diberi tanggungjawab pada malam itu sebulat suara memilih lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu sebagai pemenang.Selain turut memuji kredibiliti pasangan duet,Syamel dan Ernie Zakri yang turut menyampai lagu Aku Cinta dengan baik sehingga melayakkan mereka dipilih sebagai pemenang Anugerah Vokal Terbaik edisi tahun ini.



 

 Foto : Sinar Harian
-www.kakishare.tv

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.