Header Ads

'Nada Sombong Acuh Tak Acuh Jalan Terus' - Peminat Begang Elfira Sombong.




Kini berada di Mekah menunaikan ibadah umrah, Elfira Loy sempat melayan komen salah seorang peminatnya yang mendakwa beliau sombong ketika menyapa pelakon itu. Individu bernama Abaya Suraya meluahkan rasa kecewanya dengan memberikan komen di ruangan Instagram Elfira.

Teguran sopan itu memesan kepada Elfira supaya selepas pelakon itu balik dari mengejakan umrah, sikapnya akan lebih peramah dan ikhlas melayan peminat walaupun tiada ‘mood’ ketika itu.

Komen itu bagaimanapun mendapat respon Elfira yang memohon maaf atas sikapnya itu tetapi jelasnya beliau tidak berniat untuk bersikap sombong. Pun begitu Elfira menghargai tindakan peminatnya itu yang berterus terang.



Selain itu, Elfira juga berharap peminatnya berfikiran positif dan bersangka baik dengannya apabila berlaku situasi sebegitu. Kami respek dengan sikap peminat yang sebegini, tegur secara berhemah, barulah masalah boleh diselesaikan dengan baik.





Sumber : Astro Gempak

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.