Header Ads

Pelik! Ada Yang Tak kena, Farid Kamil Padam Gambar Tun M Buat Netizen Hairan.




Tindakan Datuk Farid Kamil memadam foto bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimuat naik olehnya bulan lalu menjadi persoalan netizen.

Foto dengan kapsyen memuji tokoh pemimpin itu disedari sudah dipadam selepas pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu itu dibebaskan daripada tahanan reman pada 16 Januari lalu.

"Sedih dengan apa yang terjadi sebenarnya antara kamu dan Sofi Jikan? Kenapa lepas kejadian anda padam gambar dengan Tun M?

"Kenapa padam gambar puji Tun M?, must be something," tulis salah seorang netizen pada foto terbaharu yang dimuat naik aktor itu pada Rabu.

Selain itu, segelintir netizen bertanya niat sebenar dia membuat laporan terhadap rakan baiknya sendiri iaitu pelakon Sofi Jikan.

Sementara itu, Farid memberikan tanda suka (like) pada foto dan video di Instagram Sofi khusunya untuk foto ketika dikenakan perintah reman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu lalu yang menjadi tanda tanya netizen.



Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.


Sumber : Mstar Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.