Header Ads

Panas! Gara-Gara Lancar Tudung Di Kelab Malam, Followers Neelofa Jatuh Menurun.




Gara-gara kontroversi panas membabitkan dirinya, Neelofa menarik diri dari menghadiri program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama PM, Datuk Seri Najib Razak semalam. Keputusan itu diambil kerana tidak mahu majlis itu ‘terganggu’ dengan kontroversi yang sedang melanda.

“Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak”

“Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai ketidakhadiran beliau ke majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, Neelofa dilihat menjalani latihan sebagai persediaan untuk menjadi hos majlis berkenaan, namun setelah berbincang, beliau menarik diri. Terdahulu Neelofa dikecam hebat apabila melancarkan tudung di kelab malam, Zouk.

Kontroversi pelancaran tudung di kelam malam bukan sahaja memberi impak kepada perniagaan, malah hasil siasatan mendapat usahawan itu juga telah kehilangan 100,000 pengikut di Instagram. Sekaligus menjadikan followers beliau berbaki 5.4 juta orang sahaja.






Sumber : Berita Harian Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.