Header Ads

Netizen Cop Macam Pelacur Dan Suka Post Gambar 'Mengundang Ghairah',Ini Respon Zizi Kirana.




Penyanyi,Zizi Kirana menyifatkan komen melampau yang ditulis netizen menerusi media sosial khasnya di Instagram (IG) sebagai penakut dan suka berlindung di sebalik akaun mereka sahaja.Sebaliknya rata-rata tidak berani untuk beri komen secara berdepan.

“Saya sebenarnya tidak kisah kalau ada yang beri komen yang ‘tidak-tidak’. Sebab mereka
tidak kenal siapa diri saya. Hanya yang kenal akan tahu saya ni macam mana. Ya, seksi tapi saya masih belum ada rekod mabuk dalam kelab malam atau bogel di mana-mana. Yang beri komen tu pun berani di Ig saja. Cuba kalau jumpa depan-depan? Siap malu-malu, lepas tu nak
bergambar sama.

“Jadi saya memang tidak mahu ambil pusing. Hanya jadi diri sendiri dan tak kacau hidup
orang,” katanya ketika dihubungi MH.

Penyanyi Boleh Jalan itu berkata demikian kepada MH sebagai mengulas isu beberapa
keping gambar seksi yang dimuat naiknya menerusi IG sehingga mencetuskan kritikan
netizen yang membayangkan imejnya saling tidak tumpah sebagai pelacur, model Playboy
dan sebagainya.






“Gambar yang baru saya muat naik itu adalah sebagai menghargai pemberian jenama
pakaian tersebut. Jadi saya ambil gambar dan muat naik di IG. Tapi macam biasalah,
macam-macam orang komen dan kecam. Tak mengapalah, saya okay saja…,”jelasnya jujur.

“Lagu tersebut merupakan sebuah lagu dangdut yang dicipta komposer Indoensia. Ikutkan
perancangan, single tersebut akan dilancarkan di Indonesia sekitar April depan dan
kemudian barulah akan dipromosikan di sini,” akhiri Zizi.

-

SUMBER : INSTAGRAM ZIZI KIRANA
www.kakishare.tv

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.