Header Ads

'Nak Sedih Dah Tadi' - Peminat Kecewa Pelamin Fattzura?




Amboi meriahnya majlis resepsi pasangan berkuasa Fattah Amin dan Fazura. Dengan tema fairytale Fazura atau Nur Fazura itu anggun ditatarias dengan gaun ala Cinderella hasil tangan pereka fesyen terkenal yang juga kawan baiknya, Rizman Ruzaini.

Majlis yang diadakan di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur itu dihadiri rakan baik pasangan itu dan diserikan dengan persembahan artis terkenal seperti Ruffedge dan Bunga Cinta Lestari. 

Tarikan malam tersebut bukan sahaja keindahan dan keanggunan pasangannya, malahan pelamin yang menjadi latar belakang persandingan mereka turut menjadi bualan.

Sebelum ini pelamin Yuna-Adam menjadi tular kerana keunikan menggunakan bunga-bunga segar dan eksotik serta berlatarbelakangkan bukit bukau. Pelamin indah Fattzura pula berkonsepkan kisah dongeng yang juga merupakan pelamin impian Fazura.

Apa yang menjadi tanda tanya adalah apabila peminat berkongsikan rasa kecewa pada rekaan pelamin itu semasa proses pembikinan sedang dijalankan. Kerisauan mereka itu dizahirkan pada laman sosial instagram masing-masing.

Namun begitu, segalan-galanya hanyalah kerisauan kosong semata-mata kerana pereka pelamin tahu apa yang sedang dilakukan dan hasilnya, wow! amat menakjubkan. 

Pelamin begitu indah sekali menjadi latar foto-foto sang puteri dan puteri pada majlis malam tersebut. Ramai memuji keindahan pengantin dan pelamin yang disediakan.

Syukur majlis resepsi Fattzura berjaya berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Tahniah diucapkan kepada pasangan paling meletup ini. 









-www.kakishare.tv

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.