Header Ads

Makan Dalam!! Neelofa Terima Komen Deep Daripada Seorang Profesor.



Nampaknya isu berkenaan pelancaran tudung sebuah jenama popular Malaysia iaitu Nealofar menjadi perbulan hangat hari ini.

Rata-rata tidak bersetuju serta kesal dengan keputusan yang dilakukan oleh jenama tersebut dan menganggap ia tidak bersesuaian dengan imej islamik.

Selain netizen, isu itu turut mendapat perhatian orang-orang berpendidikan tinggi seperti golongan profesor.

Terbaru ada terbaca pandangan yang dikongsikan sendiri oleh seorang Pensyarah dan Penyelidik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengenai majlis pelancaran tersebut.

Menurutnya dia amat bersedih dan terkilan dengan perkembangan terbaru ini dan memberitahu betapa jauhnya wanita muslim kini dari prinsip dan falsafah sebenar memakai hijab.

Tambahnya lagi, sebagai wanita muslim yang bertudung, kita seharusnya menjauhkan diri dari tempat-tempat maksiat seperti kelab malam, seperti Zouk kerana sering mengundang berbagai kontroversi kerana penangkapan artis Muslim yang minum arak, pertandingan ratu cantik suatu masa dahulu dan macam-macam.

Malah, Pensyarah ini turut mempersoalkan mengapa Neelofa boleh menjadikan alasan tentang tema dan kos penajaan yang murah sedangkan banyak tempat lain boleh dipilih, lebih serderhana kosnya dan lebih mulia.







“Betul, jangan difikirkan kata – kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula Ayat-Ayat Al-QuranNya berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah SWT. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini.

“Hendaknya menutup seluruh tubuh dan tidak menampakkan anggota tubuh sedikit pun, selain yang dikecualikan karena Allah berfirman, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.” (An-Nuur: 31)

“Allah Subhannahu wa Ta’ala,“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” (Al Ahzab :59).

“Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS.Al-Ahzab : 32)

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu. (QS.Al-Ahzab : 33)Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. (QS. Al-Ahzab : 53),” tulisnya di Facebook.

Perkongsiannya ini telah mendapat lebih daripada 10k perkongsian dan hampir 4 ribu pengguna sosial media memberi respon terhadapnya.




Sumber : Facebook

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.