Header Ads

Latar Belakang PokoK Pisang Dan Serai, Pelamin Ala-ala 'Yuna Tak Yuna' Jadi Perhatian Ramai.




Pelamin ala kayangan yang direka perancang perkahwinan The Calla untuk majlis pernikahan Yuna baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Sehinggakan ada bakal pengantin yang mengimpikan pelamin berkonsepkan Bohemian seperti itu.

Di Sik Kedah, sebuah butik perkahwinan menawarkan pakej bersesuaian dengan bajet pengantin, berlatar belakangkan pokok pisang dan pokok serai pun boleh. Unik!

Menerusi temubual mStar Online bersama Ahmad Rasidi, dia menjelaskan pelamin viral Yuna telah memberi idea kepadanya untuk merealisasikan impian pasangan dari Sik Kedah pada Sabtu lalu.

"Saya cuba realisasikan impian pengantin yang mahu bersanding dengan latar belakang alam semulajadi."

"Selepas meninjau kawasan rumahnya, saya cadang buat pelamin latar belakang kebun pisang milik bapa pengantin dan dia setuju."

Tambah Ahmad Rasidi lagi, anggaran kos untuk pelamin tersebut adalah antara RM1,000 ke RM1,500 bergantung kepada penggunaan bunga dan hiasan lain, kerusi serta kos pemasangan dan penghantaran.

"Saya tak nafikan ia cantik dan lain dari yang lain. Mood perkahwinan juga berbeza, begitu juga kesannya dalam gambar".

"Sebenarnya pelamin ini, adalah pelamin kedua pengantin yang digunakan khas untuk sesi bergambar. Pelamin utama tetap di rumah"

Akhir sekali, Ahmad Rasidi berpendapat pelamin berkonsep semula jadi ini bakal menjadi trend dalam tempoh tertentu.




Sumber : mStar Online, Butik Pengantin Setia.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.