Header Ads

KOPAK Dan HENTAK! Iqram Dinzly Kemalangan,Rumah Pula Dipecah Masuk




Selalunya ada saja kisah kontroversi melibatkan pelakon Iqram Dinzly. Tapi kali ini berita sedih dikongsikan oleh Iqram di Instagram apabila dia timpa kemalangan dan rumahnya pula dipecah masuk.

Lewat malam semalam, Iqram memberitahu rumahnya dipecah masuk pencuri dan barangan berharga bernilai lebih RM10,000 didapati hilang.

Antara barangan berharga yang dicuri ialah tiga utas jam tangan, iPhone 6 dan laptop peninggalan arwah bapanya.

Beberapa jam kemudian, Iqram memuat naik pula gambar keretanya dan mengatakan bahawa dia mengalami kemalangan. Menurut Iqram, kejadian itu terjadi kerana dia terlalu penat dan mengantuk. Namun tiada sebarang kecederaan dialaminya.

Menerusi kepsyen foto tersebut, dia tetap tenang dan sabar menghadapi dugaan dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian menimpanya.




SUMBER : INSTAGRAM IQRAM DINZLY

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.