Header Ads

Betul ke? Shiela Rusli Rimas Ayda Jebat Sering datang ke Lokasi Tengok Redza Rosli




Penerbit drama, Sheila Rusly, menepis dakwaan kononnya beliau tidak selesa dengan sikap pelakon, Ayda Jebat, yang dikatakan kerap mengunjungi set penggambaran drama membabitkan aktor, Redza Rosli, terbitan JS Pictures.

Sheila, 46, menjelaskan jika benar sekali pun Ayda kerap berkunjung ke set penggambaran drama terbitannya, beliau tidak kisah kerana penyanyi Pencuri Hati itu memang mempunyai hubungan baik dengan dirinya.

"Ayda dan seluruh warga kerja produksi JS Pictures sememangnya mempunyai hubungan yang baik dan dia boleh datang ke set penggambaran pada bila-bila masa saja dan saya tak kisah pun.

"Kalau dia datang pun, tidak pernah pula dia mengganggu proses penggambaran. Jadi, tiada sebab untuk saya rimas dengan kehadirannya seperti yang digembar-gemburkan," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada sidang media Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018), di sini.Menurut Sheila, beliau langsung tidak menjangkakan perkara itu boleh menjadi isu.

Sebelum ini, tersebar cerita kononnya Sheila tidak senang dengan Ayda apabila artis terbabit kerap mengunjungi set penggambaran drama, Isteri Untuk Diiktiraf, lakonan Redza, hanya disebabkan perasaan cemburu.

Tambah isteri kepada pengarah Jinggo ini, jika benar dakwaan berkenaan, sudah tentu beliau takkan menawarkan Ayda watak sebagai gadis bisu dalam telefilem terbaharu terbitannya, Aku Nazmi.

Terdahulu, Sheila yang juga pelakon berpengalaman, turut diperkenalkan sebagai seorang daripada panel kelas lakonan program DFKL 2018.

Terbabit sama sebagai panel pada acara itu nanti ialah Erma Fatima, Fauziah Ahmad Daud, Datin Diana Danielle, Fasha Sandha, Jason Chong, Shahrulezad dan Jason Kok.

Sumber : Berita Harian Online.

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.