Header Ads

Kantoi! Isu Dadah, Datuk Farid Kamil Bongkar Dua Individu Yang Terlibat.




Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, 37, telah mengadakan satu sidang media di The Loft Event Space, Setia Alam pada Rabu bagi memberi penjelasan sebenar mengenai semua isu yang berkaitan mengenai dirinya kepada pihak media.

Namun,yang turut berada pada sidang media berkenaan merangkumkan 10 perkara yang disuarakan pelakon versatil terbabit bersama peguamnya sepanjang sidang media berlangsung.

Pelakon filem Tombiruo ini memberitahu sebagai seorang selebriti, dia mengakui apa yang berlaku boleh diumpamakan seperti berada di titik paling bawah dalam kehidupan di mana secara tiba-tiba dunianya telah bertukar menjadi lain dalam masa enam hari, disebabkan ‘faktor unkown’ yang boleh dikatakan lebih kepada berunsur iri hati.

Farid turut mendakwa, kelompok ini sebenarnya bergerak aktif di dalam industri hiburan tanah air dan sifatkan mereka mempunyai kehidupan yang jelas dalam hidup mereka untuk menjadi anak seni, tetapi mereka hidup di kalangan anak seni ini bersama kroni tertentu dan berpesatuan. Baginya, ia suatu gejala yang kurang baik sekiranya terus menular dalam industri seni.

Pada masa sama, Farid bersyukur kerana masih lagi diberi kekuatan untuk bercakap pada sidang media ini bagi menerangkan bahayanya unsur gengsterism yang menular dalam industri. Katanya, situasi tersebut bukan suatu yang baru, tapi sudah wujud sejak beberapa tahun lalu.

Berhubung dengan ugutan sama ada pernah di terima atau tidak, Farid memberitahu dia merupakan seorang individu yang sangat berhati-hati. Bagaimanapun, dia akui turut menerima beberapa ugutan kononnya akan ‘diprank’ tanpa sedar daripada rakan-rakan artis juga, misalnya kenakannya untuk cemar nama dan kredibiliti. Kongsinya lagi, ugutan yang diterima bermula sejak tahun lalu.

Mengulas mengenai apakah yang dimaksudkan dengan berada di titik paling bawah dalam kehidupan, aktor tersebut memberitahu dia cukup terkesan apabila melihat sendiri gambar-gambar yang diambil (ketika penahanan awal) dan berlaku selepas dirinya sudah berkeluarga. Luah Farid;

“Ia berlaku ketika saya sudah ada keluarga dan anak-anak. Saya nak jadi seorang bapa terbaik dan rasa terkilan apabila keluar berita seumpama ini.”

Ditanya sama ada kes yang berlaku turut memberi efek terhadap dirinya sekeluarga, Farid menjelaskan isterinya, aktres Diana Danielle seorang sangat supportive dan memahami apa yang berlaku secara keseluruhannya. Cuma, penerimaan anak-anak memandangkan mereka mengetahui dirinya tiada bersama mereka selama tujuh hari menyukarkan Farid untuk memberi penjelasan kepada dua anaknya, Muhamad dan Aurora.

Farid juga menyifatkan kenyataan dirinya tertekan kerana tidak jumpa anak adalah sesuatu yang tidak berlaku kerana dia dan anak-anak rapat tetapi ketiadaannya selama beberapa hari bersama mereka menyebabkan dia sukar untuk jelaskan situasi sebenar kepada anak-anak.

Berhubung pemeriksaan kesihatan mental dan fizikal, Farid memberitahu, apabila adiknya membawa dia ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), proses yang berlaku ialah proses pemulihan membuang  kesan racun dan ia berlansung selama tiga hari. Pada sama sama, dia juga turut mengalami masalah kekurangan air dalam badan dan berat badannya juga susut secara drastik.

Memberi komen mengenai timbulnya isu kononnya wujud masalah mental dan depresi, Farid tiada komen terhadap mengenainya kerana dia sudah berulang kali memberitahu dia berada dalam keadaan baik, cuma diracuni. Jadi setelah melalui pemeriksaan doktor, mereka mengesahkan tiada unsur itu dalam diri saya.

Sementara itu, Farid turut mendedahkan dua individu sebenar yang dipercayai telah meletakkan dadah dalam minumannya dan turut berkongsi gambar dua individu berkenaan.





Sumber : Media Hiburan.

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.