Header Ads

'Kami Menyifatkan Namewee Seorang Yang Biadap' - Zed Zaidi Berang gara-gara 'Video Like A Dog'.




Youtuber Namewee tidak pernah lekang dengan kontroversi. Beberapa tahun sebelum ini dia pernah memuatnaik lagu yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia berbilang kaum. Tidak berhenti di situ, untuk Tahun Baru Cina, dia ada menghasilkan video muzik dengan tema anjing yang juga menjadi perdebatan.

Video berkenaan memaparkan lelaki dengan topeng pelbagai spesies anjing mendapat perhatian netizen kerana menunjukkan aksi berunsur lucah. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mempunyai pendirian sendirian mengenai hal itu.

Presidennya, Zed Zaidi mencadangkan kepada kerajaan supaya melucutkan kewarganegaraan Namewee atau Wee Meng Chee kerana penghasilan video berkenaan. Tambahnya, Namewee telah banyak mencipta kontroversi sebelum ini seperti tidak peka dengan sensitiviti masyarakat.

Menurutnya lagi, video berkenaan menunjukkan kebiadapan Youtuber itu berkemungkinan sudah terbiasa dengan luar negara sehingga tidak faham budaya tempatan.



'Pihak kami menyifatkan Namewee seorang yang biadap. Mungkin dia terlalu lama menetap di luar negara hingga tidak memahami sensitiviti agama dan budaya'.

Ujar Zed lagi, isu yang ditimbulkan oleh Namewee bukan sekali malahan sudah banyak kali berulang sebelum ini. Sepatutnya Namewee dipenjara dan dilucutkan kewarganegaraan. Malahan, Namewee juga patut mengharamkan dari membuat persembahan kerana mencalarkan imej penyanyi.

'Sebagai persatuan artis, kami berharap kerajaan mengharamkan Namewee untuk mengadakan persembahan awam. Ia berikutan Namawee mencalarkan imej penyanyi.'

 

 Sumber: Berita Harian
-www.kakishare.tv

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.