Header Ads

‘Kalau Korang Nak Cakap Bukan-bukan, Korang Yang Memfitnah’ – Netizen Buat Elfira Loy Begang




Sebagai seorang artis sudah menjadi lumrah setiap gerak geri akan sentiasa menjadi perhatian daripada peminat.

Lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba moden ini masing-masing tidak kira artis mempunyai akaun media sosial sendiri dan kita lebih suka untuk berkongsi aktiviti seharian di media sosial.

Namun begitu, apabila seseorang artis itu berkongsi di media sosial, ada juga yang membuat spekulasi dan anggapan tersendiri terhadap perkongsian mereka.

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, pelakon cantik, Elfira Loy dan penyanyi, Sufian Suhaimi baru sahaja putus tunang beberapa minggu yang lalu dan hal ini mendapat perhatian ramai netizen sehingga pelbagai spekulasi timbul tentang punca perpisahan mereka.

Baru-baru ini, ada dakwaan yang mengatakan punca Elfira putus tunang ada kaitan dengan seorang lelaki yang bernama, Asyraff Mazlan.

Dakwaan itu timbul apabila Elfira netizen terlihat gambar yang dikongsi oleh Asyraff menerusi Instagram sedang makan bersama Elfira dan adiknya Esliza Loy sempena meraikan hari jadi Asyraff dan ada juga gambar yang tular bahawa mereka mengerjakan ibadah umrah bersama baru-baru ini.

Rentetan daripada hal ini, Elfira menerusi Insta Storiesnya menjelaskan hal sebenar dan punca putus tunang dengan Sufian tiada kena mengena dengan Asyraff.

“Kalau nak kata saya beri ruang untuk orang buat fitnah, DALAM CAPTION TERANG TERANG DAH TULIS MAKAN SEMPENA KELAHIRAN Acap.

“El dah kenal Acap lamaa lagi dah dari zaman tak bertudung masa shoot kayuhan cinta sampailah sekarang. Dan trip ke Makkah we are in the same group, BUKAN PERGI BERSAMA.

Elfira juga menegaskan bahawa dia sudah menjelaskan segalanya di Insta Stories tersebut.



“I’ve Explained. Tapi lepasni kalau korang nak cakap bukan-bukan, korang yang memfitnah bukan El yang menimbulkan fitnah.

Harap dengan penjelasan Elfira ini, semua pihak di luar sana faham dan jelas bahawa Asyraff bukan punca mereka putus tunang.

Mungkin selepas ini netizen di luar sana harus berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu anggapan dan spekulasi kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah.





Sumber: Instagram Elfira Loy

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.