Header Ads

‘Jahat-Jahat Neelofa Pun, Dia Pergi Club Bawa Mak’ – Komen Amran Fans Memang Deep Giler!




Isu Neelofa dan Zouk masih lagi hangat diperkatakan di media sosial, malah ia merupakan topik yang paling ramai orang berkata-kata, boleh dikatakan semua orang ada ‘pandangan’ masing-masing mengenai isu ini.

Bagaimanapun, tertarik dengan komen Amran Fans mengenai perkara ini di laman Twitter miliknya.

“Jahat-jahat Neelofa pun dia pergi ‘club’ bawa mak, bukan macam kau, tipu mak kata pergi tuisyen,” tulisnya.


Mungkin itu sindirian halus Amran Fans yang ingin diberikan kepada golongan netizen ini yang begitu kuat mengecam tindakan seseorang tanpa usul periksa.

Berikutan itu, ramai netizen yang memberikan maklum balas terhadap ‘tweet’ Amran tersebut, ada yang kaitkan dengan ‘gadis cendol’, filem P.Ramlee dan lain-lain. Terhibur juga bila membaca komen-komen tersebut.

Dalam pada itu, masih ada komen yang mengatakan bahawa tindakan Neelofa tersebut wajar dikutuk kerana ia membawa imej buruk kepada Islam.

Ramai pihak termasuklah Neelofa sendiri sudah memberikan kenyataan mengenai perkara ini, jadi terpulang pada pandangan masing-masing untuk menilai.









Sumber: Twitter Amran Fans.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.