Header Ads

Gelaran Budak Baru Nak Naik Buat Haqiem Rusli Kesal Dengan Peminat




Penyanyi yang berjaya merangkul tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi lagu berjudul Tergantung Sepi, Haqiem Rusli sedikit terkilan apabila rakan-rakan seperjuangannya atau boleh digelar sebagai ‘budak budak baru nak up’ menjadi mangsa kecaman ramai.

Bagaimanapun, dengan kemenangannya mendapat tempat ketiga di AJL32 telah sedikit sebanyak membantu menyelamatkan rakan-rakannya yang lain daripada terus dikecam.

“Saya menyelamatkan mereka sebagai penyanyi-penyanyi baru ini. Saya kecewalah bila netizen kutuk semua ni. Sebab saya back-up budak baru macam Aiman Tino, Hassad Motawh semua tu sebab mereka (netizen) tidak pandai jaga hati, kutuk-kutuk”

“Bagi saya benda tu tak patut, dan tak baguslah. Kalau lagu macam Aiman Tino tu cuba suruh orang lain nyanyi takkan sesedap Aiman Tino, begitu juga dengan yang lain-lain, sebab mereka ini unik”.

“Tak semestinya nyanyi nak kena tinggi-tinggi. Tengok muzik mereka macam mana mereka sampaikan. Kalau netizen asyik kecam, bila mereka ni naik atau berjaya seperti artis-artis lama?” katanya yang ditemui selepas selesai AJL 32.

Diharapkan kemenangannya ini mampu mengubah persepsi netizen terhadap penyanyi-penyanyi yang baru 'nak up' ini.


FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.