Header Ads

‘Gorgeous Preggy Mom’ - Tidak Sengaja, Rakan Artis Dedah Sari Yanti Hamil?




Baru-baru ini Fasha Sandha telah berkongsi di Instagramnya sebentar tadi sedikit sebanyak memberi kejutan mengenai berita kehamilan Sari Yanti.Kami tidak pasti kesahihan.Pasti ramai terkejut dan gembira mendengarnya.

Melalui perkongsian di Instagram, Fasha meluahkan rasa gembira bertemu pelakon itu bersama dengan kepsyen ‘preggy mom’ sambil merujuk kepada Sari. Apalagi, penuh ruangan komen bertanyakan mengenai hal terbabit dan tumpang gembira jika berita berkenaan benar.

Perasan juga kebelakangan ini, semenjak berkahwin Sari agak memperlahankan kerjaya seninya demi memberi fokus menguruskan rumah tangga. Mungkin salah satunya sebab Sari kini berbadan dua? Selalunya selebriti memilih berdiam diri dulu sebelum mengumumkan jika usia kandungan masih baru.

Jika benar berita ini, tahniah diucapkan kepada Sari dan suami, Jep Sepahtu yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Harap-harap nanti Sari sudi berkongsikan kesahihan berita gembira ini kepada umum.



FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.