Header Ads

'Bila Nak Tidur,Fattah Minta Potongkan Kuku' - Fazura Akui Fattah Suami Yang Manja.




Kata orang bercinta lepas kahwin lebih indah rasanya, begitulah dengan, Fattah Amin dan Fazura. Masih mood berbulan madu, Fazura memberitahu suaminya manja orangnya dan tidak pernah memberikannya tekanan.

“Kami bercinta selepas berkahwin. Apabila sudah menjadi isterinya, ada juga perangainya saya baru tahu. Dia seorang yang manja. Kadang-kadang, apabila tiba masa nak tidur, dia akan suruh potongkan kuku. Jadi, kenalah bangun”

“Kalau saya cakap nanti, orang kata saya mengada-ngada pula, tetapi Fattah sememangnya seorang suami yang baik dan sangat memahami. Dia tidak pernah memberikan sebarang tekanan kepada saya, apatah lagi mengongkong”

Menurut Fazura, Fattah sama sekali menangkis tanggapan negatifnya terhadap perkahwinan kerana bimbang mendapat suami yang suka mengongkong. Tiga bulan melayari bahtera cinta, Fazura akui Fattah merupakan lelaki terbaik.

“Sebelum ini, memang saya takut untuk berumah tangga kerana bimbang akan dapat suami yang suka mengawal gerak-geri dan mengganggu kerjaya saya. Ternyata Fattah tidak bersikap sedemikian. Kalaulah saya tahu sikapnya itu lebih awal, sudah lama saya berkahwin dengannya,” katanya.

Seronok tengok pasangan ini bahagia, biarpun ramai yang tidak selesa dengan kemesraan yang dipamerkan. Tayang suami dikatakan ‘show off’, tidak tayang dikatakan pula hubungan retak, ada sahaja yang tidak kena di mata peminat. 







SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.