Header Ads

Perghh..!! 'Bertudung Tapi Berpelukan' - Netizen Kritik Neelofa Berlakon Dengan Zul Ariffin.




Kini, banyak drama-drama yang rancak mewarnai kaca televisyen kita disebelah petang dan malam. Drama-drama ini membuatkan penonton berat punggung untuk bangun dan setia di depan televisyen sehingga tamat siaran. Drama sebelah petang ini juga dapat memancing penonton dengan menggunakan hero dan heroin yang digilai ramai sehingga ranking drama mendapat sambutan peminat.

Tidak dinafikan, bahawa ramai pelakon wanita sudah berhijab dan berpakaian sopan ketika berlakon. Tetapi disebalik hijab yang dikenakan menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen. Logik akal menutup aurat ketika bersama suami dalam kamar, berpelukan dan tidur sekatil bersama pelakon lelaki yang ‘tidak halal’ disisi agama.

Keluhan gadis ini menerusi laman Twitter miliknya yang menimbulkan persoalan terhadap pelakon wanita berhijab kian menyinari kaca drama kita. Malah, banyak pelakon wanita berhijab ini berpelukan dengan bukan mahram walaupun berlapik tapi kurang sopan sebagai wanita bertudung.

Kita sering menonton babak pasangan suami isteri dalam bilik dan kelihatan watak isteri berhijab ketika tidur bersama suaminya. Sejauh mana relevan pelakon wanita berhijab zaman kini dalam industri seni tempatan?

Malah, ianya turut mengundang perspeksi agama lain yang menonton drama Melayu. Dimana kelihatan watak isteri yang menutup aurat ketika bersama suami dalam kamar.


Setiap babak dalam drama Melayu semestinya menjadi tanda tanya buat kenalan bukan agama Islam. Kita terpaksa menjelaskan situasi sebenar pelakon wanita berhijab yang berlakon dalam drama Melayu bagi mengelakkan berlaku salah faham buat penonton bukan agama Islam.




Sumber : Twitter AinulNunanaa

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.