Header Ads

'Berhenti Jual Produk Pemutih Ini' - Nabila Huda Sindir Perniaga Produk Pemutih Dan Minta Wanita Bangga Dengan Kulit Sendiri.




Wanita dan putih sememangnya tidak boleh dipisahkan, apatah lagi rata-rata berpendapat bahawa wanita yang berkulit cerah lebih cantik berbanding wanita berkulit gelap.

Stereotaip yang sebegini akhirnya membuatkan ramai wanita mahukan kulit yang putih, gebu, dan mulus.

Di mana ada permintaan, di situlah ada peluang apabila ada pihak yang mula menjalankan perniagaan produk mencerahkan kulit muka, badan dan sebagainya.

Kebiasaannya peniaga produk kecantikan ini akan mempromosikan produk mereka di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Jika di laman Instagramnya, kebiasaannya mereka akan berpusu-pusu memenuhi ruang komen selebriti dan instafamous dengan harapan pengikut individu tersebut akan melihat produk mereka dan tertarik untuk melaburkan wang.

Terbaru seorang wanita telah mempromosikan sebuah produk kecantikan kulit yang didakwa sesuai untuk wanita, lelaki dan ibu mengandung di ruangan komen Instagram Nabila Huda.

Wahh nampaknya iklan berkenaan berjaya menarik perhatian artis itu apabila dia bertindak membalas komen berkenaan.

“Kenapa nak putih kalau saya suka berjemur? Berhenti jual produk pemutih ini.Jangan biasakan diri ambil produk putih ni semua, takkan nak kena bergantung pada produk sampai tua untuk mantainkan kulit. Banggalah dengan kulit kita. Nusantara!” tulisnya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pelakon berkulit sawo matang itu.


Sumber Twitter Mikasa Mika

FACE KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.