Header Ads

'Apa Yang Ibu Buat Ini Adalah Benda Betul' - Ini Respon Elfira Setelah Netizen Dakwa Punca Putus Tunang Dari Ibunya.




Ibu mana di dunia ini yang tidak mahu melihat anaknya bahagia. Setiap wanita yang bergelar ibu pasti mempunyai naluri yang tepat buat kebaikan anak-anak mereka.

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, pelakon comel, Elfira Loy baru-baru ini telah putus pertunangan dengan penyanyi popular, Sufian Suhaimi.

Rentetan daripada pertunangan mereka yang putus itu, ada segelintir netizen yang mendakwa hubungan mereka ini putus berpunca daripada ibu kepada Elfira.

Namun begitu menerusi satu sumber, Elfira menyangkal dakwaan segelintir metizen tersebut dan berkata dia percaya bahawa naluri seorang ibu sentiasa tepat untuk anaknya.


“Ada orang buat spekulasi kata ibu keluar kenyataan supaya selepas ini saya bertemu dengan lelaki yang lebih baik. Sebenarnya, ia bukan bermaksud yang dulu tak baik.

“Setiap masa ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan saya percaya naluri seorang ibu itu tepat kerana mereka sudah ada pengalaman hidup.

“Apa yang ibu buat ini adalah benda betul sebab saya masih belum cukup matang untuk melalui perhubungan ini,” katanya.

harap dengan penjelasan yang diberikan oleh Elfira ini dapat menutup mulut segelintir netizen yang beranggapan ibu Elfira sebagai punca perpisahan mereka.

Kita sebagai orang luar seharusnya mendoakan yang baik-baik buat mereka dan percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Apapun harap Elfira dan Sufian kuat untuk menghadapi ujia dan dugaan yang diberikan kepada mereka ini.






Sumber: Melodi

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.