Header Ads

Anak Dara Norman Hakim Viral, Ini Dia Nasihat Padu Pada Bakal Imam Anaknya.




Sejak gambar anak dara Norman Hakim dan Abby Abadi jadi viral kerana kecantikannya.Baru-baru ini Norman Hakim ada memberitahu akaun Instagramnya tidak putus menerima mesej atau DM daripada pengikutnya.

Menurut Norman melalui sebuah posting,DM di akaunya itu dipenuhi dengan 'risikan' netizen yang padu dan ada juga yang pilu.

Namun,untuk menjelaskan keadaan sebenar,Norman memberitahu anak daranya itu baru sahaja berusia 13 tahun dan masih mempunyai perjalanan yang panjang.Norman turut memberi sedikit nasihat kepada mejoriti yang ingin menjadi 'imam' kepada anaknya itu.


"Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tgh 'viral'.Viral untuk apa tu?Yang pasti habis DM papa penuh dgn 'risik'an yg padu.Yang pilu pun ada jugak"
.
.

"Nak bgtau anak dara saya ni umur in shaa Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti.Jauh perjalanan lagi.Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan"
.
.

"Kepada majoriti yg ber'niat' utk menjadi 'Imam' tu melalui DM yg saya baca,alhamdulillah utk nawaitu yg suci & ikhlas tu.Saya anggap itu sebhgn drpd permulaan ukhwah & silaturahim sesama kita.Sepatah kata mama @abby_abadi112 'Utamakan yang utama'.Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal 'imam' yg pertama sekali of course kpd Allah s.w.t.Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibubapa kita umpama esok tiada lagi hari utk kita didunia ini"

"Lepas tu barulah fikirkan utk 'mendirikan masjid'.Saya bercakap berdasarkan pengalaman.Nak mendirikan 'masjid' ni bukan sekadar bersandar pada teori.Saya yg dah nak masuk anak ke-6 ni pun masih lagi belajar seni utk ber'masjid'
.
.

"Wallahualam segala yg terbaik hanya dariNya.Seboleh mungkin bila 'comment' kat anak dara saya ni kat ig dia,sama2 selitkan doa utk dia sbb doa yg baik2 tu semua in shaa Allah akan berbalik pada kita semula.Pakai bahasa 'wicet' pun no hal janji sempoi & maksud sampai.Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas .Itu yg sama2 kita jaga ok👌🏻Aamiin in shaa Allah❤️"

Orang kata,cara kehidupan kita juga boleh membuatkan seseorang itu nampak sempurna,jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang tertarik hati dengan anak-anak mereka.


Sumber : Instagram Norman Hakim.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.