Header Ads

'Aku Bagi Dia Terbakar Membuak-buak. Nak lawan Pedas?' - Ini Respon Tajul Kepada Haters




Bukan mudah untuk bergelar selebriti ini apatah lagi akan ada sesetengah pihak yang tidak akan berpuas hati dengan apa sahaja yang dilakukan.

Bak kata orang ‘haters gonna hate’ tapi persoalannya, sejauh mana seseorang itu boleh bersabar dengan segala tohmahan dan kejian netizen ini?

Mungkin itu yang dirasakan oleh penyanyi, Tajul atau nama sebenarnya,Tajul Arif Noor Md Shaari, 19 tahun apabila dia memuat naik insta story di laman Instagram miliknya mengenai para ‘haters’ ini.

“Rasa macam dah lama sangat tak layan ‘haters’ ni, sekali-sekala bagi diorang hadam pulak. Bukan selalu.

“Dia bagi kita panas, aku bagi dia terbakar membuak-buak. Nak lawan pedas? mari…” tulisnya.


Melalui pemerhatian MH, ada beberapa komen jahat yang dibalas Tajul yang meminta agar individu tersebut tidak terlalu menunjukkan kebodohan masing-masing dengan memberikan komen berunsur kebencian.

“#CerdikKidsGeli tu trademark aku dari dulu untuk ‘haters’. Mana yang kena ‘block’ dulu memang ayat tu lah yang dia dapat,” tulisnya lagi.

Alahai, MH faham perasaan Tajul itu, yalah siapa tak bengang kan bila baca komen-komen tak membina itu, lagipun usianya masih muda, bak kata orang darah ‘panas’ lagi.

Sementara itu, di komen tersebut juga kelihatan ada yang cuba untuk menenangkan suasana dengan meminta agar Tajul tidak begitu serius.

“Lek lek bang, jangan serius sangat,” tulis pengguna tersebut.

Bagi MH, ada masa memang lah kena balas semua komen-komen haters tu tapi mungkin ada cara yang lebih sesuai kot. Lagipun, segala tindak-tanduk terutamanya seorang selebriti diperhatikan oleh netizen.

Tak mahulah nanti timbul cerita yang kurang enak untuk didengar pula kan? Apa-apapun, MH harap Tajul kekal tabah ya.






Sumber: IG Tajul.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.