Header Ads

Akhirnya Suri Rumah Dedah 'Income' RM10,000 Sebulan Buat Netizen Meluat Dan Iri Hati.





Saya  ingin kongsikan kisah hidup saya memandangkan ramai yang bertanya kepada saya. Apa? Bagaimana? Kenapa? Saya mula terjebak dengan dunia bisnes online ni.

Bermula pada awal bulan satu tahun 2016, dimana masa tu lagi sebulan saya nak nikah. Tapi Allah swt hantar pelbagai ujian yang tak di jangka dek akal. Bayangkan 1 bulan lagi nak nikah, bakal suami hilang kerja, kontrak kerja tamat. Sampai dia tanya, "nak tangguh dulu ka kahwin? kerja takdak,nak makan apa nanti".

Tapi, saya cakap "takpa kita teruskan, rezeki lepas kahwin sapa tau, awak ada degree. Hilang kerja atas faktor ekonomi, insyaallah, kat luar sana masih banyak perlukan pekerja macam awak ni".

Alhamdulillah, kahwin jugak. Betul saya cakap, jangan mendahului Allah swt  sebab Allah swt adalah perancang yang terbaik. Dua bulan suami tanam anggur, tiada pula makan pasir. Hekhekk! Saja Allah swt nak bagi kami masa untuk bersama. (positif gitu)

Hari demi hari dia tak putus asa cari kerja, merata dia hantar resume. Alhamdulillah! tak lama lepas tu, banyak peluang dia dapat, sekali terima panggilan dua, tiga tempat. Ada kerja dekat tapi gaji kecil, ada gaji besar tapi jauh pula. Dugaan sungguh.

Akhirnya, dia pilih gaji kecil saja asal tak jauh beribu batu dengan keluarga. Allahu! sebak rasa bila ingat balik susah payah cari sesuap nasi. Komitmen bulanan saja dah cecah 2k lebih, bayangkan gaji kecil masa tu. Berapa banyak yang tertunggak. Nak bagi mak ayah pun tak lepas wei.

Beberapa bulan kemudian, Allah swt bagi rezeki anak awal pulak. Perghh! gembira sangat walaupun baru dua bulan kahwin masa tu. Bila pikir balik, gaji sekarang makan dua orang pun tak cukup mana. Nanti tiga orang macam mana? Bercelaru fikir cara. Takkan nak letak semua atas kepala suami kan?

Pada satu malam, langsung tak boleh lena tidur memikirkan. Hati ni macam terdetik nak buat sesuatu. Bermodalkan 300 baki duit simpanan, terus ikhtiar buat bisness tudung untuk membantu suami. Tiap malam kelabu mata siapkan tempahan. Tidak banyak mana pun tempahan, tapi ada lah dalam 2,3 helai 1 hari. Sampai sakit tulang belakang. Dah lah tengah sarat  mengandung. Lenguh beb.

Tapi sayang, bisnes tu tak lama. Kurang sambutan, mungkin sebab tiada skill menjahit, kurang ilmu. Kemudian saya terpaksa berhenti. Saya gagal! lebihan kain bertaburan bawah katil, berhabuk. Modal tak dapat balik, untung entah ke mana. Ingin berkerja pun, suami memang tak izinkan. Takut bini kena mengorat kot. Eh!

Masa berlalu dengan pantas, lepas anak kami lahir terus suami dapat kerja yang lebih baik, gaji pun lebih sikit dari dulu, pangkat pun naik. Sekaligus Allah swt bagi rezeki. Kelahiran Nur Ariana Miqaila sungguh membawa rezeki. Orang cakap rezeki anak.

Kemudian, masa berpantang la mula berjinak dengan dunia bisness online. Pikir gaji suami masa tu pun masih tak cukup. Nak pulak komitmen dah makin bertambah. Anak lagi, rumah lagi. Ini antara ‘big why’ penguat kenapa kena bertindak. Sampai bila nak hidup cukup makan pakai ja kan?? Tipu lah semua orang inginkan impian.

Namun, tidak disangka dengan semangat orang miskin ni lagi dahsyat rupanya. Tidak ada modal pun boleh berniaga diknon. Jadi dropship saja masa tu. Ingat lagi untung pun RM 3-8 ja masa tu. Tidak kisah lah, janji duit. Rajin sikit banyak la dapat.
Alhamdulillah! Tidak di sangka 1 hari ja dah kumpul lebih dari 5 order. Tanpa guru, tanpa kelas tapi still boleh buat duit. Sebab saya tiap malam google teknik dan cara untuk berbisness. Kadang-kadang skodeng fb orang hebat- hebat. Mejoriti saya ‘try and error’ saja.

Hasil ‘try and error’, boleh la simpan RM20 sehari. Sebulan dah RM600. Perggh! hasil titik tak berpeluh ok lah kan. Sambil susu anak pun duit masuk. Rindu pulak masa tu. Dalam masa 3bulan ja berjaya pegang 4angka. Terus upgrade ke stokis masa itu.

Bila modal dah banyak sikit, mula la tambah lagi beberapa produk lain masuk ke kedai online. Alhamdulillah, lama jugak merasa jual produk orang. Kehidupan pun semakin hari semakin berubah. Yalah dah boleh bagi duit kat orang tua. Boleh beli kehendak diri. Boleh bantu kewangan suami. Boleh penuhi keperluan keluarga. Seronok sangat masa itu.

Dari zero dalam akaun dah merasa 4 angka. Seronok dia lain macam tau. Sampai 1 hari teringin nak cabar diri pulak untuk, cuba mencipta kelainan dengan menjual produk sendiri. Jadi tak jadi belakang cerita, janji buat dulu! (kata sifu tongga lah)

Bagaimanapun, Lama juga rancang sebenarnya. Seminggu tidak lena, fikir punya pasal. Tiga bulan kemudian, ambil masa untuk hasilkan produk Mulberry Honey Facial Mask ni.

Sebenarnya, baru 3 bulan produk ni dipasarkan, Alhamdulillah mendapat sambutan menggalakkan. Banyak feedback positif yang kami terima memandangkan produk Mulberry Honey Facial Mask ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit lelaki dan perempuan. Selain itu, bahan yang kami gunakan 98% adalah organik termasuk bahan utama daripada ekstrak mulberry. Berkat doa, restu suami, mak dan ayah. Siapa sangka sekelip mata Allah swt merubah segalanya.

Akhirnya, Dari tak tahu apa, sekarang mampu buat 5 angka 1 bulan. Dari bergerak solo sekarang dah ada team beratus anak buah di serata pelusuk bawah MIQAILA EMPIRE BEAUTY.

Tiga tahun dalam dunia bisnes, macam-macam dugaan yang dilalui. Tipulah kalau saya cakap semudah ABC. Untuk mencapai sesuatu hasil kena ada usaha dan hati mahu kering di dalam dunia perniagaan ini. Hati tisu mungkin tidak dapat lalui seperti mana yang dilalui ini.

Kesimpulannya, tiada yang mustahil kalau kita nak. Jadi, buat dulu baru tahu hasil. Zaman sekarang sorang kerja belum tentu cukup untuk tampung sebulan punya komitmen. Nasihat saya buat wanita di luar sana, bijaklah merebut peluang. Belajar berdikari tanpa menyusahkan sesiapa. Buat dulu baru tahu hasil. Nak berbisnes ni jangan tunggu modal baru nak bertindak. Cukup ada ‘BIG WHY’, semangat luar biasa, rajin. Insyaallah kejayaan milik kita. Saya tidak berkata saya sudah berjaya, tetapi berbangga dengan usaha sendiri.

Akhirnya, Dari kehidupan sebelum ini yang serba serbi kekurangan sampai memiliki keinginan yang diiginkan.Suri rumah pun mampu berjaya. Mampu memiliki pendapatan RM10,000 (sebulan). Ini bukan biasa-biasa. Tidak belajar tinggi pun tidak semestinya tiada masa depan.



https://www.facebook.com/fathinshahirah.co/




No comments

Powered by Blogger.