Header Ads

Akhirnya Farid Kamil Dedah Dalang Artis Yang Masukkan Dadah Dalam Minumannya.




Baru-baru ini ramai berteka teki mengenai apakah punca Datuk Farid Kamil berkelakuan ganas di balai polis. Sehingga disahkan positif ganja, hari ini kes pelakon dan pengarah itu sedikit demi sedikit merungkai segala-galanya.

Hari ini, Farid menerusi laporan polis yang dibuat baru-baru ini mendakwa apa yang berlaku sebelum ini adalah kerana perbuatan khianat 3 orang rakannya yang juga artis yang dipercayai telah memasukkan dadah dalam minumannya.

Tambah Farid, beliau tidak mampu berfikir dengan waras kerana telah meminum air yang dicampur dadah malah turut diberikaan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair yang membuatkan dirinya berasa khayal.

Menurut sumber, ketiga-tiga rakan artis tersebut termasuklah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang pelakon.

Pasti anda ingin mengetahui siapakah 3 rakan artis tersebut yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa pada Farid.Sejauh manakah benar spekulasi ini, kami sendiri tidak tahu. Mungkin Farid akan dedahkannya tidak lama lagi.



Sumber Astro Awani 

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.