Header Ads

Yakin Janna Dan Ajak Mampu Menarik Perhatian Netizen, Segmen Baru Melodi.




Semua sedia maklum, tahun 2017 merupakan tahun yang terakhir buat Awal Ashaari sebagai pengacara Melodi. Setelah 6 tahun bergiat aktif dalam Melodi, akhirnya Awal menarik diri bagi memberi ruang kepada pengacara baru. Ramai yang tertanya-tanya siapa bakal menggantikan Awal pada tahun ini.

Menerusi Harian Metro, Ajak Shiro dan Janna Nick bakal menggantikan Awal Ashaari. Ramai juga tidak sabar menunggu gelagat dua orang ini. Mesti happening kan? Sama-sama kita saksikan.

"Bukan mudah bagi kami menentukan barisan pengacara baharu Melodi yang sudah menjadi jenama yang kukuh dalam hati penonton. Untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan tren terkini, kami yakin Janna mampu menarik lebih ramai penonton muda.

Ajak pula berpotensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan untuk bekerjasama dengannya."

"Melodi juga akan memperkenalkan tiga segmen baharu iaitu Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin selain menyampaikan berita sensasi dunia hiburan. Kami berharap program infotainment popular ini akan menceriakan hari Ahad penonton dengan isu sensasi artis tempatan dan luar negara.

Lebih menarik, netizen menjadi sebahagian daripada program ini di mana segala pandangan mereka dikupas melalui segmen Kecoh Netizen. Segmen ini akan menjadi platform bagi artis melakukan kebajikan seperti bertemu kanak-kanak istimewa dan memenuhi impian mereka."

Dalam segmen Cerita Sini, Habis Sini pula, Melodi akan menjemput artis kontroversi menjelaskan hal sebenar. Melodi adalah program terbitan Primeworks Studios dan diterajui Jamil Hassan sebagai Penerbit Eksekutif manakala Michelle Wee sebagai Penerbit.

Sumber : Harian Metro

FACEBOOK HERBAL RIMBA



No comments

Powered by Blogger.