Header Ads

Viral Gadis Cantik Jadi 'Mak Guard', Ini Kisah Sedih Disebalik Senyuman Manisnya




Setiap kali musim persekolahan bermula pasti ada viral di media sosial gambar cikgu-cikgu wanita yang cantik. 

Mungkin bergurau, ada bapa yang tidak sabar untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Namun, agak berbeza pula apabila seorang gadis memilih kerjaya sebagai pengawal keselamatan. 

Sri Mahyuni Munif atau lebih mesra dikenali sebagai Yuni telah memilih untuk menjadi pengawal keselamatan sekolah. 

Gadis muda yang cantik menawan ini telah membuatkan ramai netizen mengatakan bahawa gadis ini boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik seperti model. Namun begitu niat gadis ini hanya mahu memilih kerja yang halal untuk membantu keluarganya. 


"Saya tak kisah orang pandang rendah atau mengata kerja saya kelas bawahan, asalkan saya buat kerja halal untuk tampung keluarga" kata anak sulung dari dua beradik ini. 

Yuni terpaksa menamatkan persekolahannya di tingkatan dua dan telah bekerja sejak lima tahun lalu bagi membantu menyara keluarga selepas bapanya yang berusia 54 tahun mengalami masalah kesihatan. 

"Ayah pernah alami kemalangan 20 tahun lalu dan kesan dari kemalangan itu menyebabkan tulang dan badannya sakit sehingga tidak mampu mengangkat barang berat."


"Saya sanggup berhenti sekolah dan meminta ayah untuk berehat demi meneruskan persekolahan adik dan menyara keluarga selain membantu ibu bekerja sebagai pembantu kedai makan."

Walaupun dihalang keras oleh bapanya, Yuni tetap bertegas kerana tidak sanggup melihat bapanya bekerja dalam kesakitan untuk keluarga. 

Kerana gambar Yuni viral di media sosial, netizen juga turut tidak sabar untuk mengambil anak dari sekolah. Tambah gadis itu, dia tidak hiraukan komen-komen negatif malah ianya membuatkan gadis berusia 19 tahun itu lebih bersemangat dan kuat untuk bekerja. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.