Header Ads

Terkejut! Isu Biasiswa Mira Filzah Berjumlah RM1.3 Juta Telah Dipersoalkan.



Pelakon Mira Filzah bukan saja cantik dan berbakat, malah boleh dikatakan seorang wanita ‘beauty with brain’.

Pemegang Ijazah Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini juga pernah dinobat pelajar cemerlang.

Baru-baru ini, dengan kerjasama Aesthetic Skin International Institute, biasiswa Mira Filzah berjumlah RM1.3 juta diperkenalkan untuk pelajar jurusan jurusan Keusahawanan Kecantikan (Beauty Entrepreneurship) di Aesthetic Skin International Institute di Bandar Sunway.

Menurut Mira Filza, baginya pendidikan dan ilmu sangat penting dan dia ingin melakukan sesuatu untuk membantu ramai orang untuk berjaya.

“Ini satu cara saya dapat membantu orang lain berjaya mengejar cita-cita. Lebih membanggakan apabila pelajar terbaik Aesthetic Skin Group (ASG) akan diberi modal untuk memulakan perniagaan.

“Niat saya hanya untuk memberi sesuatu kepada masyarakat. Dari dulu sampai sekarang, saya sangat menitikberatkan pendidikan dan ilmu,” ujarnya kepada Harian Metro.

Mira yang kini bergelar pengacara program Nona perlu sentiasa peka dengan isu semasa. Bergelar pengacara juga perlu mempunyai pengetahuan mendalam tentang isu semasa.

Sumber: Harian Metro

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.