Header Ads

Terbabit Dalam 4 Kes,Farid Kamil Ditahan Reman Sehari Lagi.



Harian Metro hari ini melaporkan Farid Kamil yang didakwa menampar anggota polis trafik di Kota Damansara dan menendang dua orang awam akan ditahan reman sehari lagi.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Hairul Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan; Seksyen 90 Akta Polis; Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 323 KK adalah kesalahan menyebabkan kecederaan, Seksyen 90 Akta Polis (berkelakuan tidak senonoh), Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (penggunaan dadah) dan Seksyen 353 KK (menganggu tugas penjawat awam).

Ketika keluar dari kompleks mahkamah, Farid Kamil sempat berterima kasih kepada peminat dan rakan artis yang sentiasa menyokongnya.


Sumber : Harian Metro

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.